Natasya Gold
Vitamin C Serum
Harga Pasaran RM23.90
Harga Jueamor Beauty RM21.00
Vitamin C Serum membersih dan melicinkan dengan intensif. Vitamin C Serum adalah rawatan anti-penuaan memulih segera visual dan tekstur kulit. Ia juga bertindak melenyapkan jeragat bahkan menghilangkan kesan merah serta radang pada kulit. Sesuai untuk kulit sensitif dan digunakan pada waktu pagi dan malam.
Cara penggunaan:
Titiskan Vitamin C Serum ke atas tapak tangan, sapu dan ratakan pada kulit wajah dan biarkan kering sebelum memakai toner dan krim.
Toner Gold
Harga Pasaran RM39.90
Harga Jueamor Beauty RM35.00
Toner boleh membantu menghilangkan bintik hitam selain menyegar dan menghaluskan kulit wajah, selain dirumus untuk mengecilkan pori dan mendinginkan kulit wajah. Fungsi toner adalah untuk membersihkan kulit wajah dan ianya dapat meresap jauh ke dalam epidermis kulit, mengecilkan pori-pori kulit dan menambahkan kelembutan kulit wajah.
Cara penggunaan:
Selepas membersih muka dengan Sabun Kolagen, semburkan Toner keseluruhan kulit muka dan ratakan dengan jari.
Skrub
Harga Pasaran RM48.90
Harga Jueamor Beauty RM44.00
Lakukan penjagaan muka sekali atau dua kali dalam seminggu dengan Skrub Natasya Gold bagi menghilangkan dan mengurangkan bintik-bintik hitam dan cela. Ia bukan sahaja mengurangkan malah menjadikan kulit wajah lebih lembap selain daripada menanggalkan sel-sel kulit mati.
Cara penggunaan:
Sapukan Skrub ke atas wajah dan leher yang lembap. Urut perlahan-lahan menggunakan hujung jari dan elakkan terkena kawasan sekitar mata. Basuh dengan menggunakan air sejuk.
Sabun Kolagen
Harga Pasaran RM24.90
Harga Jueamor Beauty RM22.00
Sabun Kolagen dapat membersihkan tanpa mengeringkan kulit muka kerana ia dihasilkan daripada gabungan losyen pembersih yang dapat menghilangkan debu, minyak berlebihan dan kotoran lain dengan cukup berkesan. Penggunaannya yang berterusan tidak akan memberi kesan kepada pertahanan asid semulajadi selain dapat mengurangkan garis-garis halus akibat tanda penuaan dan menjamin kelembapan.
Cara penggunaan:
Buihkan sabun Kolagen, kemudian sapu dan urut perlahan pada keseluruhan kulit muka. Bilas sehingga bersih.
Krim Pelindung SPF 30
Harga Pasaran RM69.90
Harga Jueamor Beauty RM62.00
Mengurangkan tanda kedutan pada bahagian mata, memberi perlindungan daripada sinar UVA/UVB, menghalang tanda-tanda penuaan sambil menjadikan kulit lebih anjal. Penggunaan berterusan bukan sahaja dapat menjaga malah ianya dapat merawat kulit anda agar kekal berseri sepanjang hari.
Cara penggunaan:
Sapukan Krim Pelindung SPF 30 secara rata pada keseluruhan kulit selepas penggunaan Toner dan Krim Pelembap.
Krim Pelembap
Harga Pasaran RM59.90
Harga Jueamor Beauty RM53.00
Amalkan penggunaan Krim Pelembap Natasya kerana ianya memberikan kesan kulit lembut bak baldu, menelap dengan cepat ke dalam kulit. Bukan saja bagus untuk hidratkan kulit, ia juga bagus sekali menganjalkan kulit yang mulai kendur. Selain itu, ia menghalang sinaran UV menembusi lapisan kulit dan bertindak melambatkan proses penuaan.
Cara penggunaan:
Sapu Krim Pelembap pada keseluruhan wajah dengan urutan secara membulat selepas mengguna Toner.
Natasya Herba
Sabun Herga 80g
Harga Pasaran RM14.00
Harga Jueamor Beauty RM12.00
Formulasi terkini berasaskan herba-herba semulajadi dan diperkaya dengan ekstrak kacang soya, aloe vera, dan Vitamin E dalam bentuk sabun berfungsi sebagai pembersih yang mampu menanggalkan kotoran dan sel-sel kulit mati,menanggalkan minyak berlebihan, mengawal keseimbangan lembapan semulajadi dan mencerahkan kulit selain daripada menhilangkan jerawat. Sesuai untuk semua jenis kulit bagi lelaki dan perempuan.
Cara penggunaan:
Cuci muka dengan sabun herba, urut perlahan-lahan selama beberapa minit dan bilas bersih. Untuk mendapatkan kesan terbaik, gunakan 2-3 kali sehari.
Krim Pelindung UV SPF25
Harga Pasaran RM39.00
Harga Jueamor Beauty RM35.00
Krim Pelindung UV SPF 25 bertindak mencerahkan kulit malah pada masa yang sama mengurangi masalah jeragat dan pori-pori. Rumusan teknologi terkini membolehkan kulit wajah cerah dengan memantulkan cahaya daripada cela kulit yang terbina daripada garis halus dan kedutan sambil mengurangi kesan merah yang berpunca daripada kulit sensitif.
Cara penggunaan:
Sapukan Krim pelindung UV SPF 25 secara rata pada keseluruhan kulit mukadengan urutan secara membulat.
Bedak Asas
Harga Pasaran RM35.90
Harga Jueamor Beauty RM32.00
Bedak Asas yang khusus dicipta serasi dengan jenis kulit anda bagi mendapatkan kulit yang berasa selesa dan kelihatan cantik sepanjang hari dengan memperbaiki noda di wajah, menjadikan warna kulit muka sekata, menutup cela walaupun dengan sapuan yang nipis dan tahan lama serta tidak berminyak selain bertindak sebagai pelindung daripada sinaran matahari. Hanya mengambil 1 minit untuk mengubah kulit muka anda menjadi lebih berseri dengan penampilan yang sempurna.
Cara penggunaan:
Sapukan Bedak Asas secara rata pada keseluruhan muka sebelum menggunakan alat solek.
Toner
Harga Pasaran RM18.90
Harga Jueamor Beauty RM17.00
Satu lagi produk yang dapat memenuhi impian anda untuk memiliki kulit wajah bersih, segar dan sihat. Toner ini bukan sahaja bertindak membersihkan malah dapat mengembalikan kulit wajah yang kusam dan lesu selain mengecilkan pori-pori kulit. Untuk mengekalkan kelembapan kulit wajah, pastikan anda menyapunya setiap hari. Kelembapan kulit akan lebih seimbang. Sesuai untuk semua jenis kulit.
Cara penggunaan:
Selepas membersih muka dengan Sabun Herba, semburkan toner keseluruhan kulit muka, tepuk dan ratakan dengan jari.
Repairing & Lightening Cream
Harga Pasaran RM45.00
Harga Jueamor Beauty RM40.00
Natasya Repairing & Lightening Cream menjanjikan kulit lebih cerah, licin dan berseri dalam masa beberapa minggu. Krim ini berupaya memperbaiki kerosakan kulit dengan mengurangkan pembentukan bintik-bintik hitam dan jerawat. Teksturnya tidak melekit, mudah meresap kedalam kulit dan membekalkan kelembapan.
Cara penggunaan:
Sapukan Natasya Repairing & Lightening cream secara rata pada keseluruhan kulit. Digunakan pada waktu malam sahaja.
Sabun Herba Anti-Resdung
Harga Pasaran RM16.90
Harga Jueamor Beauty RM15.00
Sabun herba anti-resdung dihasilkan dengan 100% minyak kelapa asli, ekstrak asam jawa, ekstrak kulit kayu manis dan kunyit untuk menentang radikal bebas. Selain itu, ia berfungsi untuk menegang, menggalakkan pertumbuhan sel baru kulit, menghilangkan jerawat dan mengatasi kegatalan pada wajah dan badan akibat masalah resdung. Ia mampu merawat tisu kulit yang rosak sambil mengekalkan keaslian kulit.
Cara penggunaan:
Cuci muka dengan Sabun Herba-Anti Resdung , urut perlahan-lahan selama beberapa minit dan bilas bersih dengan air.
No comments:
Post a Comment